Sahabat

 Assalamualaikum
Hai,
Konichiwa, *senyum lebar*

Lama tak update entry

mengimbau kan kenangan kenapa aku wujudkan blog ni
jadi dengan itu aku sayang blog ni *peluk laptop*

just entry kali ni nak cerita pasal sahabat

ada kata sahabat itu seperti bintang,dia memang tidak selalu dilihat tapi dia akan ada selalu untukmu some says that a real friend is one who walks in when the rest of the world walks out..*awwwhhh*

jadi,

sayangi la sahabat kita and kadang-kadang aku anggap sahabat aku dah macam kembar aku pergi mana pon bersama and yup bila selalu bersama tu perselisihan faham tu mungkin berlaku
aku pernah alami jadi sometimes kena la mengalah kalau kita hargai sahabat kita tu..
mengalah tak bermakna lemah :)

Lastly,

Berkawan la dengan ramai orang
pendapat saya bila kenal ramai orang kita makin kenal macam-macam ragam
yelah lain orang lain perangainya kan hehe 


Nak lompat jugak 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPM

Assalamualaikum..

Holla people
Lama tak menulis dalam blog ni dah berkurun kan,..tahun ni spm lagi wow last year sekolah and i can't believe it *cried loudly* saya di sini nak minta duit raya?eh? saya disini nak minta maaf kalau ada buat salah dekat korang semua halalkan makan minum saya....i know i was a little bit immatured this year but trust me i'm improving myself...macam aku kata kat cikgu hari tu"saya nak jadi suami yang soleh" lol

Pernah tak korang ada satu kawan ni,korang rapat sangat talk each other like everyday and one day puuff!! terus jadi strangers...i know that feeling  
kita boleh nak berkawan dengan semua orang tapi tak semua ikhlas dengan kita..betul tak?angkat tangan!!meh tak perlu haha
SPM only left bout 14 days and im looking forward for my holidays...Struggle hard my friends hidup kita hanya sementara SPM pon sekali seumur hidup *unless repeat* tapi saya doakan semua batch 97 pass with flying colours and dpt sambung belajar dalam cita-cita masing..
i think that's all for today..Jumpa lagi di entry yang seterusnya..Bye

Assalamualaikum..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Detik Akhir 2013 dan Detik Awal 2014

Assalamualaikum..

Sudah lama tak update entry..wah!! rindunya....fuh..fuh *tiup habuk* haha...dah berhabuk blog ni tak update..Ada juga yang tanya.."Eh aliff kenapa tak update blog" "Eh aliff...blog kau dah tak berfungsi ke" lol sape yang tanya tu...thanks prihatin kpd saya T_T.....bukan tak nak update tapi tak ada cerita...itu je :)

Bila mengenangkan kembali kenangan 2013..*flashback* banyak benda yang saya belajar...saya banyak buat kawan baru...saya dapat jumpa orang yang saya dah lama tak jumpa and nak jumpa sangat-sangat drpd darjah 6*ye awk kalau baca ni jgn sengih* .....Alhamdulillah...perpindahan saya ke sekolah baru ni ada hikmahnya..saya dapat macam-macam anugerah dan rezeki...Saya dapat kawan-kawan yang baik..cikgu yang baik dan prihatin..

Ni la serba sedikit gambar yang saya blh letak sebagai kenangan tahun 2013....

Bakal Saintis Muda satu hari nanti....kerol buat muka suka..yay!! haha :D

Persembahan Silat semasa hari anugerah koko

Kami lah Duta Air Wick..Masalah Bau Badan kini tiada lagi..lol :p *Say hi to Fahiem*


Gambar semasa sambutan Hari Raya di Sekolah



Kini...Kini telah pon meninggalkan 2013 dengan pelbagai memori manis ataupon masam..mahupon pahit..tak lupa juga ikan masak 3 rasa *loyar buruk jap* :p ....Kini Saya telah pon bergelar Form5..yay!!! no!! tak best..banyak tanggung jawab yang saya kena pikul...Tahun ni SPM meh..kena rajin rajin...tak boleh malas...Thun ni jadi pengerusi KRS...so lagi lah saya kena work harder nak capai cita2 yang menggunung tu...And tahun ni jugak..Alhamdulillah dapat anugerah tokoh murid tahun 2014...To all people out there..i'll try my best...

Ni sedikit banyak Gambar-gambar di yang dapat ditangkap pada tahun 2014..

Time ni tengah menyanyi..Dan abaikan mulut yang tengah ternganga tu :3

Bakal2 imam suatu hari nanti..InsyaAllah...


Ini lah team nasyid saya..Allah sedapnya suara mereka...


And Ni lah muka muka budak yang excited bila nampak kamera...haha..time pon excited nak Pj...Peace  :D

Rasanya..itu je saya nak celoteh kan untuk kali ini...entry seterusnya...mungkin akan selitkan beberapa perkongsian cerita..InsyaAllah..ok la..dah letih menaip nanti patah plak jari yang cantik ni haha xD.Sampai di sini saja..saya akhiri dengan..

Assalamualaikum....


























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kiasan dunia

Assalamualaikum...


Hari ni nak kongsi satu cerita tentang Kiasan dunia (contoh yang diberikan oleh Imam Ghazali)
selamat membaca...


Seperti seorang lelaki yang berjalan melalui hutan, dia sedang berjalan dan melihat ada seekor SINGA mengejar dia lalu ia berlari ke perigi dan melompat ke dalam perigi itu.


Semasa jatuh kedalam perigi, sempat dia berpaut pada tali. 

Dia menarik nafas lega dan memandang ke atas, dia melihat singa yang masih berlegar di atasnya sedang menunggu.

Kemudian, dia melihat ke bawah dan dapati seekor ULAR besar dengan mulutnya terbuka sedang menunggu dia jatuh.  


Dia hanya bergantung kepada tali dan dalam masa yang sama dia melihat satu TIKUS HITAM dan lagi satu TIKUS PUTIH sedang mengigit TALI tersebut. 

Mana di atas adalah singa, di bawahnya pula adalah ular dan dia sedang bergantung hanya pada tali...


kemudian dia melihat adanya MADU di tembok perigi itu, lalu mengambil madu dengan jari dan meletakkan ke dalam mulutnya. 

Di sebabkan kemanisan madu itu membuatkan dia lupa singa, ular dan malahan lupa akan dua ekor tikus yang sedang menggigit tali...


Kebenaranya:




~ Singa itu adalah kematian yang selalu mengejar kita ...

~ Ular itu adalah kubur kita, di mana setiap orang akan jatuh ke dalamya dan jika dia seorang yang baik ia akan mendapat sebuah taman daripada syurga dan jika dia orang jahat ia akan mendapat satu lubang dari 'neraka' Jahannam.

~Tali merupakan umur kita... 
~Tikus hitam menandakan malam... ~Tikus putih menandakan siang..

~Madu adalah dunia yang di mana kita rasa kemanisan dunia sehinggakan lupa akan kematian, kita lupa kubur, kita lupa yang kita akan mati dan dibangkitkan berdiri di hadapan Penciptanya

"Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dari tanah, Kemudian dari setetes mani yang disimpan dalam tempat yang kokoh (rahim) Lalu dari setetes mani itu Kami jadikan ia segumpal darah, Lalu dari segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, Lalu dari segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang Lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik. Kemudian sesudah itu kamu semua akan mati kemudian sesungguhnya pada hari kiamat engkau akan dibangkitkan lagi" (Al Mu'minun 23:12-16)



Akhir kata ..jadikan dunia ini sebagai satu jambatan untuk kita berjaya di akhirat kelak..
Assalamualaikum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan Ku -2013-

Assalamualaikum...

Sudah hampir 8 bulan aku meninggalkan sekolah lama ku SAMTSSAAS....masih kekal lagi memori manis dan pahit di ingatan.....sekarang hidup ku harus berubah kearah yang lebih baik....sebab aku sudah pindah..Ya Aku Sudah Pindah!!!!Teringin juga ingin menyambung pelajaran di situ tapi rezeki ku mungkin di sekolah baru ini...

Namun...siapa kata sekolah baru ku ini tidak best...Best kot macam2 aku dapat...ramai kawan2 aku temui...Tapi untuk entry kali ini aku nak citer lah..citer pasal sekolah baru aku ni....

Masuk sekolah ini....dah ramai kawan aku dpt..antara yang awal aku
kenal...Raffil,Huzaifah,Kerol,Fahiem,Zubair....Jumpa jgk kawan lama masa sekolah rendah dulu...Anis,Elina,athilah,zunair,zubair,shafiq arghhh ramai lagi lah haha

Byk aktiviti dapat sertai alhamdulillah..antara aktiviti paling best kawad kaki le..sampai negeri bro..saya ulang Sampai Negeri Bro!!!!!!!!!haha....

ini antara gambar lah masa kitaorg kat negeri...


Me with Sarjan Muzammil...hahaha!!!

Posing baik punye!! haha 

BSD2 KRS....Ilmu Iman Amal....


Sekarang ni...aku tgh get ready lah....exam is just around the corner iaitu lepas raya...so memang kena struggle hard nak buktikan yang i also can achieve higher marks than others....lepas sekolah stayback nak study....harap2 meningkat lah keputusan periksa kali ni....

Ok lah...tak larat nak tulis panjang2..nanti patah jari...nanti next entry aku tulis tepi hospital nanti patah boleh terus berubat haha...

Assalamualaikum.....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Planetarium.....De Best Trip ever.. :')

Assalamualaikum....

seperti yang korang tahu minggu lepas kitaorang dari SMKBSD2 telah pergi ke satu lawatan ke Planetarium hari rabu yang lalu.....It's a very interesting trip.Saya group dgn zubair,raffil,huzaifah,hakim,kerol,anis aziera,athilah,elina,syuhaida and nabihah..

Bertolak pukul 7.30...eh ye ke 7.30 ah tak kisah le janji kitaorang bertolak kan hahaha *gelak jahat* ...lepas semua dah selesai kami pun bertolak naik bas..dalam bas apa lagi kecoh lah semua excited sgt nk pergi Planetarium...

Sampai je disuruh beratur ikut group pulak.....lepas semua dah beratur kami pun masuk le ke Planetarium....masuk je terus kitaorg jadi gila...semua benda nak main nya hahaha!!..memang group kitaorg gelak habis-habisan lah tangkap gambar sana-sini...

tunggu punya tunggu sampai lah masanya untuk movie...actually bkn movie entah le dia pasal bintang...dah lah pening mengantuk pulak tgk citer tu....hahaha..

dah abis tu kitaorg kena tunggu untuk citer seterusnya solar storm tapi nak tunggu tu lama lagi so kitaorg main kejar2 hahah memang tak ada kerja kan..best kot korang kena try main kejar2 kat Planetarium...And it's 1'o clock...it's solar storm time...lepas abis je solar storm kitaorg pun lunch...

nak lunch tu pun kitaorg sempat jgk posing bergambar kat stonehedge tu...memang best lah kat situ...lepas habis lunch kitaorg semua bergambar beramai-ramai sebelum balik....habis je bergambar bas pun sampai nak bertolak balik....dalam bas tu aku tertido jap sebab letih sgt...lebih kurang 30 minit perjalanan kitaorg pun sampai kat sekolah.....

Argh!!! bestnya lawatan tu.....ilmu dapat seronok pun dapat rugi sesape yang tak join tu muahahaha *gelak jahat lagi kuat*......

ini antara gambar2 yang sempat ditangkap kat planetarium..enjoy!!!!....

Gambar bersama Mr Kala....Mr Kala memang best kat situ..tertido jgk time solar storm hahaha!!!!

Yeah we're the group 7..don't mess with us!!!

Shhh!!!No Entry....this place is creepy...hahah!!!

In Anti Gravity room...Woah!!!it's dizzy in here.....Wan pulak buat cabaran pusing 10 kali

Meet Raffil and Hakim..The most handsome guys at Mars.... =3

*Punch* semua orang terpelanting ke udara haha

Pancing ikan...hmmm ada ke ikan dlm ni??Eh eh?ada anis kat situ..haha!!

Semua orang freestyle...yeah!!!

Zunair...No1 di Marikh...yes of course he is...haha!!!

Arm Wrestling with Huzaifah at Mars....hebatkan kitaorang haha!!

tak tau lah ni planking ke apa....apa2 pun kerol nampak ayu kat situ hahahaha!!!

sebelum tgk solar storm.....sempat bergambar lagi yeah!!!

Wait....apa yang korang tunjuk tu...share ah...

This picture thanks to Anis Aziera and she with Athilah besides her..masa ni semua freestyle sbb tak ada kerja nk balik dah huhuhu!!!!


Yup..itulah pengalaman kitaorg kat Planetarium.Letih sesangat yelah org pergi belaja kitaorg pergi main kejar2 hahaha..memang best ilmu dapat seronok dapat...Ok lah letih pulak menaip...saya gerak dulu dgn lafaz...

Assalamualaikum........














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ibu

Assalamualaikum...

Bismillahirahmannirahim.............


Ibu seorang Insan yang sangat mulia yang sanggup berkorban demi kebahagiaan anak-anak mereka...Tapi pernahkah kita balas balik perbuatan mereka atau mengucapkan terima kasih...renung-renungkan :')

Hayati lah kisah ini....

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

Assalamualaikum :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About this blog

Hye Visitors

Blogger templates

Pages

Aniki Aliff. Powered by Blogger.

My Kind Followers

About Me

My Photo
Just Wanna let you all know Be a generous person