Kiasan dunia

Assalamualaikum...


Hari ni nak kongsi satu cerita tentang Kiasan dunia (contoh yang diberikan oleh Imam Ghazali)
selamat membaca...


Seperti seorang lelaki yang berjalan melalui hutan, dia sedang berjalan dan melihat ada seekor SINGA mengejar dia lalu ia berlari ke perigi dan melompat ke dalam perigi itu.


Semasa jatuh kedalam perigi, sempat dia berpaut pada tali. 

Dia menarik nafas lega dan memandang ke atas, dia melihat singa yang masih berlegar di atasnya sedang menunggu.

Kemudian, dia melihat ke bawah dan dapati seekor ULAR besar dengan mulutnya terbuka sedang menunggu dia jatuh.  


Dia hanya bergantung kepada tali dan dalam masa yang sama dia melihat satu TIKUS HITAM dan lagi satu TIKUS PUTIH sedang mengigit TALI tersebut. 

Mana di atas adalah singa, di bawahnya pula adalah ular dan dia sedang bergantung hanya pada tali...


kemudian dia melihat adanya MADU di tembok perigi itu, lalu mengambil madu dengan jari dan meletakkan ke dalam mulutnya. 

Di sebabkan kemanisan madu itu membuatkan dia lupa singa, ular dan malahan lupa akan dua ekor tikus yang sedang menggigit tali...


Kebenaranya:




~ Singa itu adalah kematian yang selalu mengejar kita ...

~ Ular itu adalah kubur kita, di mana setiap orang akan jatuh ke dalamya dan jika dia seorang yang baik ia akan mendapat sebuah taman daripada syurga dan jika dia orang jahat ia akan mendapat satu lubang dari 'neraka' Jahannam.

~Tali merupakan umur kita... 
~Tikus hitam menandakan malam... ~Tikus putih menandakan siang..

~Madu adalah dunia yang di mana kita rasa kemanisan dunia sehinggakan lupa akan kematian, kita lupa kubur, kita lupa yang kita akan mati dan dibangkitkan berdiri di hadapan Penciptanya

"Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dari tanah, Kemudian dari setetes mani yang disimpan dalam tempat yang kokoh (rahim) Lalu dari setetes mani itu Kami jadikan ia segumpal darah, Lalu dari segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, Lalu dari segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang Lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik. Kemudian sesudah itu kamu semua akan mati kemudian sesungguhnya pada hari kiamat engkau akan dibangkitkan lagi" (Al Mu'minun 23:12-16)



Akhir kata ..jadikan dunia ini sebagai satu jambatan untuk kita berjaya di akhirat kelak..
Assalamualaikum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan Ku -2013-

Assalamualaikum...

Sudah hampir 8 bulan aku meninggalkan sekolah lama ku SAMTSSAAS....masih kekal lagi memori manis dan pahit di ingatan.....sekarang hidup ku harus berubah kearah yang lebih baik....sebab aku sudah pindah..Ya Aku Sudah Pindah!!!!Teringin juga ingin menyambung pelajaran di situ tapi rezeki ku mungkin di sekolah baru ini...

Namun...siapa kata sekolah baru ku ini tidak best...Best kot macam2 aku dapat...ramai kawan2 aku temui...Tapi untuk entry kali ini aku nak citer lah..citer pasal sekolah baru aku ni....

Masuk sekolah ini....dah ramai kawan aku dpt..antara yang awal aku
kenal...Raffil,Huzaifah,Kerol,Fahiem,Zubair....Jumpa jgk kawan lama masa sekolah rendah dulu...Anis,Elina,athilah,zunair,zubair,shafiq arghhh ramai lagi lah haha

Byk aktiviti dapat sertai alhamdulillah..antara aktiviti paling best kawad kaki le..sampai negeri bro..saya ulang Sampai Negeri Bro!!!!!!!!!haha....

ini antara gambar lah masa kitaorg kat negeri...


Me with Sarjan Muzammil...hahaha!!!

Posing baik punye!! haha 

BSD2 KRS....Ilmu Iman Amal....


Sekarang ni...aku tgh get ready lah....exam is just around the corner iaitu lepas raya...so memang kena struggle hard nak buktikan yang i also can achieve higher marks than others....lepas sekolah stayback nak study....harap2 meningkat lah keputusan periksa kali ni....

Ok lah...tak larat nak tulis panjang2..nanti patah jari...nanti next entry aku tulis tepi hospital nanti patah boleh terus berubat haha...

Assalamualaikum.....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Planetarium.....De Best Trip ever.. :')

Assalamualaikum....

seperti yang korang tahu minggu lepas kitaorang dari SMKBSD2 telah pergi ke satu lawatan ke Planetarium hari rabu yang lalu.....It's a very interesting trip.Saya group dgn zubair,raffil,huzaifah,hakim,kerol,anis aziera,athilah,elina,syuhaida and nabihah..

Bertolak pukul 7.30...eh ye ke 7.30 ah tak kisah le janji kitaorang bertolak kan hahaha *gelak jahat* ...lepas semua dah selesai kami pun bertolak naik bas..dalam bas apa lagi kecoh lah semua excited sgt nk pergi Planetarium...

Sampai je disuruh beratur ikut group pulak.....lepas semua dah beratur kami pun masuk le ke Planetarium....masuk je terus kitaorg jadi gila...semua benda nak main nya hahaha!!..memang group kitaorg gelak habis-habisan lah tangkap gambar sana-sini...

tunggu punya tunggu sampai lah masanya untuk movie...actually bkn movie entah le dia pasal bintang...dah lah pening mengantuk pulak tgk citer tu....hahaha..

dah abis tu kitaorg kena tunggu untuk citer seterusnya solar storm tapi nak tunggu tu lama lagi so kitaorg main kejar2 hahah memang tak ada kerja kan..best kot korang kena try main kejar2 kat Planetarium...And it's 1'o clock...it's solar storm time...lepas abis je solar storm kitaorg pun lunch...

nak lunch tu pun kitaorg sempat jgk posing bergambar kat stonehedge tu...memang best lah kat situ...lepas habis lunch kitaorg semua bergambar beramai-ramai sebelum balik....habis je bergambar bas pun sampai nak bertolak balik....dalam bas tu aku tertido jap sebab letih sgt...lebih kurang 30 minit perjalanan kitaorg pun sampai kat sekolah.....

Argh!!! bestnya lawatan tu.....ilmu dapat seronok pun dapat rugi sesape yang tak join tu muahahaha *gelak jahat lagi kuat*......

ini antara gambar2 yang sempat ditangkap kat planetarium..enjoy!!!!....

Gambar bersama Mr Kala....Mr Kala memang best kat situ..tertido jgk time solar storm hahaha!!!!

Yeah we're the group 7..don't mess with us!!!

Shhh!!!No Entry....this place is creepy...hahah!!!

In Anti Gravity room...Woah!!!it's dizzy in here.....Wan pulak buat cabaran pusing 10 kali

Meet Raffil and Hakim..The most handsome guys at Mars.... =3

*Punch* semua orang terpelanting ke udara haha

Pancing ikan...hmmm ada ke ikan dlm ni??Eh eh?ada anis kat situ..haha!!

Semua orang freestyle...yeah!!!

Zunair...No1 di Marikh...yes of course he is...haha!!!

Arm Wrestling with Huzaifah at Mars....hebatkan kitaorang haha!!

tak tau lah ni planking ke apa....apa2 pun kerol nampak ayu kat situ hahahaha!!!

sebelum tgk solar storm.....sempat bergambar lagi yeah!!!

Wait....apa yang korang tunjuk tu...share ah...

This picture thanks to Anis Aziera and she with Athilah besides her..masa ni semua freestyle sbb tak ada kerja nk balik dah huhuhu!!!!


Yup..itulah pengalaman kitaorg kat Planetarium.Letih sesangat yelah org pergi belaja kitaorg pergi main kejar2 hahaha..memang best ilmu dapat seronok dapat...Ok lah letih pulak menaip...saya gerak dulu dgn lafaz...

Assalamualaikum........














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ibu

Assalamualaikum...

Bismillahirahmannirahim.............


Ibu seorang Insan yang sangat mulia yang sanggup berkorban demi kebahagiaan anak-anak mereka...Tapi pernahkah kita balas balik perbuatan mereka atau mengucapkan terima kasih...renung-renungkan :')

Hayati lah kisah ini....

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

Assalamualaikum :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A day with Radhi OAG and Sham Kamikaze :')

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak cerita pasal hari rabu minggu lepas...Masjid Mukaramah memanggil Radhi OAG dan Sham Kamikaze untuk bercerita lah pasal kisah diaorang..memang best...Pagi-pagi tu dah bangun awal untuk bersiap *bersemangat betul*

Majlis tu mula dalam pukul 10.00 pagi..selepas saya,syawal,aizat dan nizam masuk je dalam dewan muslimat tu..Mereka berdua pun sampai...Memang bising time tu lagi2 makcik-makcik kat sana semua excited habis hahaha

Radhi OAG yang mulakan majlis tu...dia cerita pasal kehidupan dia,macam mana dia dapat gelaran OAG tu..and memang kisah hidup dia menarik dan boleh dibuat sebagai pengajaran...Apa yang Radhi tekankan ialah...apa benda yang kita nak buat sekalipun..JANGAN tinggal SOLAT...sebab solat itu kan tiang agama =D

Kemudian ke giliran Sham Kamikaze pulak...Dia memang pandai buat lawak lah...asyik-asyik citer pasal jebon dia tu..apa benda jebon pun aku tak tahu haha.....Dia cerita pasal akhlak rasulullah dan pasal Syiah...memang best apa yang dia sampaikan tu..

And at last..saat yang kitaorg tunggu kan...Radhi OAG dan Sham Kamikaze nak jamming main guitar...Radhi Oag nanyi lagu generasi manakala Sham pula main guitar lagu Afgan-Ku Bersujud...memang best pagi tu :)

Ha!! ni dia gambar kitaorg dgn diaorang dua...sempat lagi snap..ouh yeah =D

Ha!! Ini lah aku baju purple tu tapi tak sehandsome lelaki kacak sebelah aku tu  Radhi Oag :')



From left:Aliff,Syawal,Radhi Oag,Aizad.....Semua pandang kamera aku je yang tak pandang..aku pun tak ingat aku tgh usha apa time tu :)


And the last picture....With Sham Kamikaze..Dgn trademark dia.."Gua Rock Gua Beriman" haha

Ok lah sampai sini sahaja....Memang best hari tu...hmm bayangkan kalau kita jadi artis pendakwah kan..lepas tu diajak untuk memberi ceramah di sesuatu masjid..adakah diri ini mampu untuk berdakwah..sama2 kita soal diri kita ye :') 

Assalamualaikum....









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Insan yang lemah :')

Assalamualaikum.. sebenarnya letih sangat hari ni tapi cuba jugak nak tulis entry ni sebab kalau tak tulis tak boleh tidur nanti *melebih-lebih pulak*dah lah malas tulis banyak baca je tajuk kat atas tu...haha

Lumrah hidup sebagai manusia sering diuji oleh Allah seperti kemiskinan,kegagalan kekecewaan..Tapi berbahagia lah kerana mereka yang diuji ini sebenarnya adalah golongan yang dikasihi Allah =D 

Maka ketika hati kita tertanya-tanya “Mengapakah aku yang diuji?” Maka ingatlah firman Allah: 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3 -

bila orang tanya OK tak?
katakan “semakin aku diuji, semakin aku OK”

Ya Allah sesungguhnya aku ini lemah,kuatkan lah aku,bimbing lah aku kepada kebaikan, Jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan.” Amin 

saya akhiri dengan Assalamualaikum... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan mudah judge orang.... PAHAM!!! :')

Assalamualaikum....hye semua,alif rase mesti korang dalam mood bercuti lagi kan..it's okay cuti lama lagi..cuti ni aliff nak habiskan dengan benda yang berfaedah dan masih mencari lagi nak buat apa so kalau ada apa2 cadangan kongsi lah ye :')

Hari ni aliff teringin sangat nak cerita pasal tajuk di atas...apa?? tak tahu tajuk?? tgk lah kat atas kan ada tulis tu haha....aliff tahu mesti pernah berlaku kat korang jugak kan benda ni....termasuk jugak aliff sebab kita ni memang senang nak judge orang kan dan benda tu memang tak cool langsung...

selalunya orang akan judge kita drpd gaya kita berpakaian,gaya kita bercakap,macam mana kita berkomunikasi dengan orang..hakikatnya kita semua tak perfect kan...so kita perbaiki  diri kita sendiri lah ye sebab kita je yang boleh faham dengan diri kita sendiri....kan =D

cuma kadang-kadang sedih juga dengan sesetengah orang yang main judge je...contohnya lah...ada seorang mamat ni muka dia tak ada lah handsome mana and then korang terus judge dia tu jahat lah...garang lah..tak pandai lah and sewaktu dgn nya...kan lagi best kalau kita sentiasa berfikir positif,hati tenang hidup pun bahagia...be a friendly guy pasti semua orang nak kawan dgn kita..

Ok lah dah panjang sangat ni...letih pulak menaip...ingat tau tak best lah terus main judge orang ni...cuba kalau benda tu kena kat batang hidung kita sendiri pasti tak seronok bukan...

saya akhiri dengan Assalamualaikum...have a nice holiday ^_^

-Anikianim-



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Science Week :')

Assalamualaikum.. hye peeps,minggu sains hari tu memang best..kelas 4 ara dgn 4 belian kan ada science show.so nk dipendekkan cerita aku pun rancang lah nak buat experiment apa...setelah lama berbincang(ceh mcm lama je) kitaorg pun buat lah pasal heat..setelah hari berganti hari,tibelah harinya untuk kami buat presentation di makmal fizik. Actually for the first time rase takut gile+nervous...masa nak buat presentation tu berlaku lah dialog sebegini..

Aliff,Fahiem and Khairul: Assalamualaikum semua....
Aliff: Untuk hari ni kitaorg akan mempersembahkan korg satu experiment berkonsepkan heat....untuk experiment yg pertama ni kita memerlukan bla~bla~bla......selepas dah siap bahan marilah kita mulakan experiment..

yg paling kelakarnya masa kitaorg nak buat experiment pasal balloon tu lah...fail buat kali pertama.mcm mana ntah boleh meletup sedangkan semalam dah practice (>.<) ...malu jgk..tapi we're having fun doing that experiment..

Alhamdulillah..kitaorg dpt no 3 yey =D ...memang tak jangka boleh menang...gembira sgt2..gotta work hard to achieve more..hehehe XD

I think that's all for this entry..yg pasti science week SMKBSD2 memang terbaik...ok see you all in the next entry.bye Assalamualaikum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A story about a Wise Man...


Assalamualaikum..Hai. for this entry i wanna hare 1 story with u all..i don't want to talk more..just enjoy!!

A wise man once sat in the audience & cracked a joke.

All laughed like crazy. After a moment he cracked the same joke again and a

little less people laughed this time...

He cracked the same joke again & again, When there was no laughter in the

crowd,  he smiled and said

*"When u can't laugh on the same joke again & again, then why do u keep  crying over the same thing over and over again......*

*Forget the past & move on*

*" Remember, apologizing does not mean that you are wrong and the other one 
 is right... It simply means that you value the relationship much more than  your ego.."



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehidupan baru di sekolah baru..

Assalamualaikum...we meet again after a long holiday..hmm okay for this entry i would like to share with you all how my life at the new school..Well it started on Wednesday where i registered at that school.It's kinda awkward for the first time.....

After i finish registering.the teacher told me to go to my class..and i just like "what?? where's 4 Belian? this school is really huge..so i started my journey searching for my class..after a long journey..ha!! at last i found it..it is at the third floor.honestly,i'm feeling very shy to enter that class..yeah i know some of the people as they are my old friends..but i'm not used to it

Rafiil Hakim...yeah that's his name...i'm sitting next to him in the class..i don't know how to say this but his is crazy..he cracked many jokes that made me laugh..damn he made my stomach ache    after a long intoduction with the members of  4 Belian,the teacher came in and i started my lesson..

Kring...Kring....well the bell rang..that's mean it recess yeay..hmm what do i want to eat for recess??...i know "Nasi Lemak"...hahaha after the recess,we went back to our class..

It's 1.50 o'clock,its already time..i wanna go home...but today is KOKO day...we need to stay back..what a drag..for today activities are clubs and associations and uniforms.... For the first day i've to marching..ouh i didn't march for a long time..it fells kinda weird...

Ouh..it's 5 O'clock..i need to go home..after tired marching i really need a rest..I've been wondering what will happen to me at this school..i hope everything gonna be ok..i'm gonna do my best and 9A+ is my target

Ok guys thats it my experience during the first day...really tired but exciting ;)  ..pray me the best..InsyaAllah..everything gonna be ok..Assalamualaikum..see you again. Bye ^_^





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I Miss U All Deep in my heart

Assalamualaikum... hai korg..*melambai-lambai tangan* lama tak jumpa,Wow ni first entry untuk tahun ni iaitu tahun 2013..tibe2 rindu pulak nak update entry. Untuk entry ni saya nk citer pasal kenangan saya kat Sabak Bernam.. memang best kat sana.. mengajar saya erti kehidupan. Kenal ramai kawan2. belajar benda baru... Cerita nya bermula di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..

Saya mendaftar di sekolah ni pada tahun 2010..masa first time daftar tu rase excited sangat2 memang best.masa form 1 tu agak nakal jgk.ingat lagi masa tu belajar kat kelas 1 Ibnu Bathutah.. saya dgn zharief dulu bergaduh sedangkan benda tu kecik je.. start dari hari tu kami jadi kawan rapat sgt2... Lalu kami pun lalui lah kehidupan di SAMT ni sama2. Tahun ni jgk lah saya kenal dgn Ammar Harith

Kemudian melanjutkan pelajaran ke tingkatan 2.. masa ting 2 turun kelas lah pulak.. kelas 2 Ibnu Khaldun.Masuk ting 2 matang sikit lah (ececeh perasan).rase masa ting 2 ni nak belajar rajin2 tapi hampeh malas jgk..masa form 2 ni masuk hospital lah pulak.. parah jgk kes nya masuk wad kecemasan.. 3 minggu cuti sekolah..masa tu ketinggalan lah jgk.

Ha!! lepas setahun bertungkus-lumus study(bila masa aku study?) masa ting 3 duduk jgk kat kelas 3 Ibnu Khaldun, guru kelasnya Puan Norhayati Yusof(baik orgnya) rasenye mmg jodoh kat situ kot. pada mulanya kecewa lah jgk tapi nasib baik ada kawan yg bagi semangat,  kat sini jgk lah saya mula berbaik2 dgn semua org...buat lagi ramai kawan..

masa naik ting 3 ni rajin sikit. Masa tu saya sekelas lagi dgn ku zharief dgn zahid lalu tertubuh lah satu group yg dipanggil "The Awesome Three"kami belajar sama2, gelak sama2, sedih sama2, kitaorg lalui tahun ni dgn penuh sabar kerana tahun ni kan kitaorg pmr.. wah berdebar-debar hati ni. .Selepas berjuang selama 3 tahun. kami pun ambil lah ujian tu.. Alhamdulillah,keputusan kitaorg baguslah jgk... xde yg gagal.. yg penting kitaorg happy go lucky..

muka happy lah katakan.. =P


Kini saya menjejakkan kaki saya ke alam menengah atas. Form 4 weyh cepatkan masa berjalan. .untuk mula nya saya masuk kelas 4 sc2. hmm memang best kelas tu..belajar biologi,kimia dll.tapi hanya sementara sahaja sbb ada hal2 tertentu, kemudian saya masuk pulak ke kelas 4 ekonomi..Kat kelas 4 eko ni memang best.. bdk2 nya semua sporting and masuk air sikit lah      (pecah perut gelak layan dorg).belajar perdangan dan ekonomi asas..banyak kenangan kat situ.. Baru ingat nak lalui form 4 dgn korg tapi dah bkn jodoh kita kan.      

Kat sini adalah antara gambar2 kenangan sempena tahun 2013.

From left : zharief,amar,aliff,aizat..Kami org Malaysia yey!!



From left : Zul,Syahmi,Aliff,Aiman..get ready korg..satgi nk cat kelas..pakar cat kan ada..



From left : Zharief,Amar,Aliff...masa ni dah lah ponteng kelas tapi xpe lah best ape...


Yg baju biru tu guru kelas 4 ekonomi,Ustazah Nazurah.Sebenarnya tak tahu nk comment apa gambar ni...tibe2 aq nampak aizat buat muka pulak kat situ..klau korg nampak mesti korg gelak punye..


masa ni korg masih belum cat kelas kan?? hmm wafiy ni melambai-lambai tgn pulak..yg aizat pandang je wafiy.hmm rindu kelas ni..


itu lah serba sikit yg aku boleh ceritakan. inilah gambar yg ada untuk dibuat kenangan kat samt ni.. Ya Allah ko pelihara lah rakan2 ku, permudahkan lah mereka menuntut ilmu, Amin..


Apa2 pun yg terjadi perjalanan hidup aq masih lagi panjang..kena kuat semangat kat sekolah baru nanti..Korg doakan lah aku tak lupe diri ye..Aku janji akan belajar elok2.Aku sentiasa doakan korg berjaya dunia akhirat.Akhir kata Assalamualaikum semua.Jumpa lagi di masa akan dtg..I will miss u All.....






\





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About this blog

Hye Visitors

Blogger templates

Pages

Aniki Aliff. Powered by Blogger.

My Kind Followers

About Me

My Photo
Just Wanna let you all know Be a generous person