Planetarium.....De Best Trip ever.. :')

Assalamualaikum....

seperti yang korang tahu minggu lepas kitaorang dari SMKBSD2 telah pergi ke satu lawatan ke Planetarium hari rabu yang lalu.....It's a very interesting trip.Saya group dgn zubair,raffil,huzaifah,hakim,kerol,anis aziera,athilah,elina,syuhaida and nabihah..

Bertolak pukul 7.30...eh ye ke 7.30 ah tak kisah le janji kitaorang bertolak kan hahaha *gelak jahat* ...lepas semua dah selesai kami pun bertolak naik bas..dalam bas apa lagi kecoh lah semua excited sgt nk pergi Planetarium...

Sampai je disuruh beratur ikut group pulak.....lepas semua dah beratur kami pun masuk le ke Planetarium....masuk je terus kitaorg jadi gila...semua benda nak main nya hahaha!!..memang group kitaorg gelak habis-habisan lah tangkap gambar sana-sini...

tunggu punya tunggu sampai lah masanya untuk movie...actually bkn movie entah le dia pasal bintang...dah lah pening mengantuk pulak tgk citer tu....hahaha..

dah abis tu kitaorg kena tunggu untuk citer seterusnya solar storm tapi nak tunggu tu lama lagi so kitaorg main kejar2 hahah memang tak ada kerja kan..best kot korang kena try main kejar2 kat Planetarium...And it's 1'o clock...it's solar storm time...lepas abis je solar storm kitaorg pun lunch...

nak lunch tu pun kitaorg sempat jgk posing bergambar kat stonehedge tu...memang best lah kat situ...lepas habis lunch kitaorg semua bergambar beramai-ramai sebelum balik....habis je bergambar bas pun sampai nak bertolak balik....dalam bas tu aku tertido jap sebab letih sgt...lebih kurang 30 minit perjalanan kitaorg pun sampai kat sekolah.....

Argh!!! bestnya lawatan tu.....ilmu dapat seronok pun dapat rugi sesape yang tak join tu muahahaha *gelak jahat lagi kuat*......

ini antara gambar2 yang sempat ditangkap kat planetarium..enjoy!!!!....

Gambar bersama Mr Kala....Mr Kala memang best kat situ..tertido jgk time solar storm hahaha!!!!

Yeah we're the group 7..don't mess with us!!!

Shhh!!!No Entry....this place is creepy...hahah!!!

In Anti Gravity room...Woah!!!it's dizzy in here.....Wan pulak buat cabaran pusing 10 kali

Meet Raffil and Hakim..The most handsome guys at Mars.... =3

*Punch* semua orang terpelanting ke udara haha

Pancing ikan...hmmm ada ke ikan dlm ni??Eh eh?ada anis kat situ..haha!!

Semua orang freestyle...yeah!!!

Zunair...No1 di Marikh...yes of course he is...haha!!!

Arm Wrestling with Huzaifah at Mars....hebatkan kitaorang haha!!

tak tau lah ni planking ke apa....apa2 pun kerol nampak ayu kat situ hahahaha!!!

sebelum tgk solar storm.....sempat bergambar lagi yeah!!!

Wait....apa yang korang tunjuk tu...share ah...

This picture thanks to Anis Aziera and she with Athilah besides her..masa ni semua freestyle sbb tak ada kerja nk balik dah huhuhu!!!!


Yup..itulah pengalaman kitaorg kat Planetarium.Letih sesangat yelah org pergi belaja kitaorg pergi main kejar2 hahaha..memang best ilmu dapat seronok dapat...Ok lah letih pulak menaip...saya gerak dulu dgn lafaz...

Assalamualaikum........














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ibu

Assalamualaikum...

Bismillahirahmannirahim.............


Ibu seorang Insan yang sangat mulia yang sanggup berkorban demi kebahagiaan anak-anak mereka...Tapi pernahkah kita balas balik perbuatan mereka atau mengucapkan terima kasih...renung-renungkan :')

Hayati lah kisah ini....

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

Assalamualaikum :')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A day with Radhi OAG and Sham Kamikaze :')

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak cerita pasal hari rabu minggu lepas...Masjid Mukaramah memanggil Radhi OAG dan Sham Kamikaze untuk bercerita lah pasal kisah diaorang..memang best...Pagi-pagi tu dah bangun awal untuk bersiap *bersemangat betul*

Majlis tu mula dalam pukul 10.00 pagi..selepas saya,syawal,aizat dan nizam masuk je dalam dewan muslimat tu..Mereka berdua pun sampai...Memang bising time tu lagi2 makcik-makcik kat sana semua excited habis hahaha

Radhi OAG yang mulakan majlis tu...dia cerita pasal kehidupan dia,macam mana dia dapat gelaran OAG tu..and memang kisah hidup dia menarik dan boleh dibuat sebagai pengajaran...Apa yang Radhi tekankan ialah...apa benda yang kita nak buat sekalipun..JANGAN tinggal SOLAT...sebab solat itu kan tiang agama =D

Kemudian ke giliran Sham Kamikaze pulak...Dia memang pandai buat lawak lah...asyik-asyik citer pasal jebon dia tu..apa benda jebon pun aku tak tahu haha.....Dia cerita pasal akhlak rasulullah dan pasal Syiah...memang best apa yang dia sampaikan tu..

And at last..saat yang kitaorg tunggu kan...Radhi OAG dan Sham Kamikaze nak jamming main guitar...Radhi Oag nanyi lagu generasi manakala Sham pula main guitar lagu Afgan-Ku Bersujud...memang best pagi tu :)

Ha!! ni dia gambar kitaorg dgn diaorang dua...sempat lagi snap..ouh yeah =D

Ha!! Ini lah aku baju purple tu tapi tak sehandsome lelaki kacak sebelah aku tu  Radhi Oag :')



From left:Aliff,Syawal,Radhi Oag,Aizad.....Semua pandang kamera aku je yang tak pandang..aku pun tak ingat aku tgh usha apa time tu :)


And the last picture....With Sham Kamikaze..Dgn trademark dia.."Gua Rock Gua Beriman" haha

Ok lah sampai sini sahaja....Memang best hari tu...hmm bayangkan kalau kita jadi artis pendakwah kan..lepas tu diajak untuk memberi ceramah di sesuatu masjid..adakah diri ini mampu untuk berdakwah..sama2 kita soal diri kita ye :') 

Assalamualaikum....









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About this blog

Hye Visitors

Blogger templates

Pages

Aniki Aliff. Powered by Blogger.

My Kind Followers

About Me

My Photo
Just Wanna let you all know Be a generous person